dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kesedar Chalil, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Ternakan Ikan Keli Dalam Kolam

22 Februari 2017 | Aktiviti Terkini

Perikanan menggunakan kaedah atau teknologi fertigasi bukanlah perkara baru bagi golongan petani tempatan. Teknologi tersebut terbukti memberi anjakan baru kepada bidang pertanian dan mendapat sambutan memberangsangkan berikutan mudah dilaksanakan berbanding kaedah konvensional lain. Melihat fertigasi sebagai kaedah yang mampu memberi keuntungan, Syaiful Qhuzainis Bin Ismail, 25, bertekad mengambil risiko dan menceburi bidang perikanan itu demi mendapatkan hasil berkualiti serta meningkatkan pencapaian dalam bidang pertanian.

Namun menyedari beliau mempunyai kekurangan dari segi teknologi internet dan pengetahuan dalam bidang pertanian, beliau merujuk masalah beliau di PI Chalil sekiranya mampu menawarkan peluang pembelajaraan dari segi penjualan di atas talian dan membantu menyediakan logo perniagaan.

Ketika masih menggunakan kaedah konvensional dahulu, beliau sering berhadapan dengan masalah terutama dari aspek promosi ikan keli kepada penduduk kampung atau di sekitar daerah gua musang. Namun, apabila mengikuti kelas keusahawanan yang ditawarkan di PI Chalil selama 3 bulan, ia mampu mengatasi masalah promosi produk yang sangat terhad menerusi penggunaan email, cara posting untuk jualan dan teknik menjual secara atas talian melalui FB Syaiful .

Proses pembangunan Projek Ikan Keli ini menjadi enteng kerana PI Chalil menawarkan skim pinjaman netbook 1Malaysia kepada beliau, yang mana beliau juga dapat mempelajari cara-cara penjagaan kolam ikan dan benih melalui mesin carian Google.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.