eCikgu Bersama Pelajar Tingkatan 1

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Program eCikgu merupakan salah satu program yang terdapat di dalam portal eKelas maxis. Kelas eCikgu pelajar tingkatan satu ini berlangsung pada 3 November 2018. Kelas ini berlangsung secara atas talian selama 2 jam bermula 11.00 pagi dihadiri oleh 5 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 yang juga merupakan ahli aktif di Pusat Internet RKT Kesedar Chalil.

Peserta akan mengikuti kelas eCikgu subjek sains dan matematik selama satu jam bagi setiap sesi. Peserta didedahkan dengan soalan peperiksaan serta akan ditunjukkan jalan kira bagi setiap soalan. Kakitangan Pusat Internet turut bersama-sama pelajar mengikuti sesi eCikgu. Kelas tamat pada pukul 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas