eCikgu Bersama Pelajar Tingkatan 1

28 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Program eCikgu merupakan salah satu program yang terdapat di dalam portal eKelas maxis. Kelas eCikgu pelajar tingkatan satu ini berlangsung pada 27 Oktober 2018. Kelas ini berlangsung secara atas talian selama 2 jam bermula 11.00 pagi dihadiri oleh satu-satunya pelajar tingkatan 1 yang juga merupakan ahli aktif di Pusat Internet RKT Kesedar Chalil iaitu Solehuddin Hafiz.

Peserta akan mengikuti kelas eCikgu subjek sains dan matematik selama satu jam bagi setiap sesi. Peserta didedahkan dengan soalan peperiksaan serta akan ditunjukkan cara untuk menjawab soalan dengan tepat. Kelas tamat pada pukul 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas