Bengkel GLOW Fast Track Training

9 December 2018 | Aktiviti Terkini

Bengkel GLOW Fast Track Training ini berlangsung pada 7 Disember 2018 dan berakhir pada 8 Disember 2018 bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh. Glow merupakan singkatan bagi Global Online Workfore. Bengkel ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dihadiri oleh 15 orang peserta terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet di sekitar gua musang.

Kelas ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti pekerja digital berkebolehan secara sepenuh masa, membangunkan satu model mampan bagi program pekerja digital berimpak tinggi dengan penglibatan rakan strategik MDEC, memperkenalkan sumber pendapatan alternatif bagi rakyat Malaysia melalui platform pendapatan digital global dan menyediakan program sokongan untuk pekerja digital supaya kekal bermotivasi dan komited menjana pendapatan digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas