Pengenalan Microsoft Word

06 November 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas pengenalan Microsoft Word ini berlangsung pada 5 November 2018 bertempat di bilik latihan Pusat Internet RKT Kesedar Chalil. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula 9.30 pagi dihadiri oleh 5 orang pelajar SK chalil. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Word serta fungsi papan kekunci kepada peserta. Peserta diajar untuk menggunakan “caps lock” dan “shift”.

Peserta seawal usia 6 tahun diminta untuk menaip huruf A hingga Z serta mempelbagaikan huruf dengan menaip huruf besar serta huruf kecil. Kakitangan PI turut menyelitkan sesi pembelajaran atas talian melalui platform abcya.com serta KDB bersama peserta. Kelas tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas