Kesedaran Klik Dengan Bijak

26 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Program Klik Dengan Bijak adalah untuk membudayakan penggunaan internet kepada pengguna generasi muda di RKT Kesedar Chalil secara positif. Seramai 11 orang peserta dari sekolah kebangsaan Chalil menyertai program KDB ini berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Dalam kelas ini, antara yang tajuk adalah apa itu klik dengan bijak serta apa yang akan berlaku sekiranya kita tersalah dalam perkongsian di dalam laman social dan kepada mangsa tersebut.

Mereka turut diberi pendedahan awal mengenai E-waste atau juga dikenali sebagai e-sisa adalah bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan dan kesanya kepada bumi. Selain itu juga, dalam kelas ini, peserta turut diberi penerangan mengenai buli siber yang sering menjadi perhatian didalam laman social tidak kira Facebook, Instgram atau di mana-mana laman social sebagai contoh pembulian siber adalah perkara-perkara bertulis atau dalam bentuk gambar yang dipaparkan di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain. Setiap tajuk juga akan diberi diberi gambaran melalui tayangan video di laman Youtube.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas