Kelas Microsoft Word Bersama Usahawan Chalil

24 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Word bersama usahawan chalil berlangsung pada hari selasa, 23 oktober 2018 melibatkan salah seorang usahawan Pusat Internet Chalil, Puan Haslidawati yang juga merupakan ejen tudung hayda. Kelas ini diadakan di Pusat Internet RKT Kesedar Chalil dan berlangsung selama sejam bermula jam 12 tengah hari.

Melalui kelas ini, peserta diajar untuk membuat jadual laporan bulanan dengan membuat jadual menggunakan Microsoft Word. Peserta juga diajar untuk menggunakan WhatsApp untuk menghantar lampiran jadual yang telah disiapkan.Selain itu, peserta juga diajar untuk menggunakan kemudahan WhatsApp web. Kelas tamat pada pukul 1 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas