Tayangan Video & Puzzle KDB

27 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Tayangan video dan pertandingan puzzle KDB telah dijalankan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2018. Pada program kali ini, peserta akan didedahkan dengan tayangan video, kuiz advokasi serta pertandingan menyusun puzzle KDB. Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet RKT Kesedar Chalil, selama 2 jam bermula 9.30 pagi ini dihadiri seramai 8 orang peserta.

Peserta melihat tayangan video berkaitan hendap siber, tidak pasti jangan kongsi serta klik dengan bijak. Peserta juga diberikan soalan selepas tayangan setiap video. Selain itu, tenaga pengajar turut memberi tunjuk ajar langkah-langkah untuk memasang aplikasi puzzle pada komputer. Kelas tamat pada pukul 11.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas