Silang Kata
27 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniKelas silang kata menggunakan laman pembelajaran ABCya telah diadakan pada hari Jumaat, Oktober 2018. Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet RKT Kesedar Chalil, selama 2 jam bermula 4.00 petang ini dihadiri seramai 7 orang peserta. Peserta diajar untuk membuat carian laman ABCya.com melalui enjin carian Google. Peserta diminta untuk mencari permainan word search yang terdapat di laman ABCya.com.
Peserta diminta untuk menjawab silang kata tahap rendah sebagai permulaan sebelum meneruskan kepada silang kata tahap yang lebih tinggi. Kebaikan yang diperoleh peserta melalui kelas ini adalah dapat melatih peserta untuk fokus, menggunakan internet dengan berfaedah disamping tenaga pengajar turut menyelitkan sesi KDB kepada peserta sepanjang program berlangsung. Kelas tamat pada pukul 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: