dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kesedar Chalil, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pembelajaran Atas Talian

6 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2018 telah berlangsung kelas pembelajaran atas talian di Pusat Internet chalil. Kelas ini dijalankan di dalam bilik latihan PI Chalil dan berlangsung selama 3 jam bermula 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Peserta didedahkan dengan 2 portal pendidikan seperti portal education games dan ABCya.

Pada awal kelas, peserta diminta untuk membuka portal education games dan pelajar diminta untuk bermain permainan membuat pizza. Melalui permainan membuat pizza, peserta didedahkan dengan matematik iaitu menggunakan rumus tambah. Peserta turut mempelajari kemahiran berfikir secara logic melalui permainan di dalam portal ABCya.

Diharapkan melalui permainan berunsurkan pendidikan secara atas talian dapat menarik minat peserta untuk belajar sekaligus dapat membantu pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.