dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kesedar Chalil, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Kali Ke 62 Peringkat Sekolah

20 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 September 2019, telah berlangsung program majlis penutup bulan kemerdekaan di SK Chalil yang bermula pada pukul 7.40 pagi sehingga pukul 1.30 tengahari. Pelbagai cara menzahirkan semangat patriotik termasuk mengibarkan bendera mahupun menyaksikan perarakan kemerdekaan. Oleh itu, pelbagai acara yang bertemakan Merdeka Sayangi Malaysiaku antaranya adalah perarakan mengibar jalur gemilang, pertandingan baju merdeka, pertandingan hias basikal serta pertandiangan nyanyian lagu-lagu merdeka.

Melalui program ini, secara tidak lansung memberi pendedahan kepada guru, pelajar dan ibubapa yang mereka perlu melengkapkan diri dengan semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik. Tambahan itu juga, ia boleh semarakan semangat kemerdekaan kepada pelajar dari kecil lagi. Selain itu juga, guru, pelajar serta ibu bapa harus memahami dan menghayati sejarah perjuangan negara bagi mencapai kemerdekaan serta menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.