dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kesedar Chalil, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Hari Terbuka Bersama Komuniti : Taklimat E-waste (e-Sisa)

26 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Taklimat mengenai E-waste di adakan di dalam Pusat Internet Kesedar Chalil bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Program ini khusus kepada semua pelajar sekolah rendah kebangsaan Chalil untuk memberi pendedahan awal mengenai apa itu e-waste, cara kitar semula e-waste serta kesan e-waste kepada manusia sekiranya tidak diurus dengan cara yang betul.

Seramai 16 orang peserta memberi fous pada tayangan video mengenai e-waste. Antara video yang ditayangkan adalah apa itu e-waste, kesan e-waste kepada manusia dana lam sekitar, serta langkah-langkah kitar semula e-waste yang perlu dilakukan. Setelah itu, peserta akan diterangkan mengenai serba sedikit maklumat didalam tayangan video itu oleh staf pusat internet. Tambahan itu juga, program ini turut menyelitkan sesi soal jawab bersama peserta untuk melihat tahap pemahaman peserta mengenai e-waste dan kesan e-waste kepada manusia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.