dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kesedar Chalil, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Matematik Tahap 2

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Matematik Tahap 2 yang terdiri daripada pelajar dari Tahun 1,2 dan 3 didakan pada 9 jun 2022 sehingga 11 Jun 2022 iaitu pada hari Khamis hingga Sabtu.Kelas ini dianjurkan pada hari cuti persekolahan.Kelas ini bertempat di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kesedar Chalil.Kelas yang diadakan bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang,Seramai Tiga orang peserta yang terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan yang menyertai kelas.

Kelas Matematik ini merupakan kelas yang kerap dianjurkan memandangkan pemintaan yang menggalakkan daripada ibu bapa.Kelas ini secara tidak langsung membantu meningkatkan minat mereka kepada subjek Matematik.Selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar,kelas ini juga memberi impak yang baik kepada pelajar kerana dapat dinilai tahap kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Pelajar dikehendaki hadir kehadapan dan menjelaskan kepada rakan-rakan yang lain apa yang dipelajari dan difahami ketika di dalam kelas melalui jawapan pengiraan yang ditulis dipapan putih.Selain itu,di akhir kelas,Murid-murid di berikan latihan secara bertulis bagi menguji tahap pengetahuan dari apa yang mereka pelajari dari kelas ini.Pada hari ketiga kelas,pelajar diberi ujian dengan menjawab soalan yang disediakan berdasarkan apa yang telah mereka pelajari sepanjang kelas.Pelajar yang dapat markah tertinggi dibekalkan hadiah.Hal ini kerana,salah satu cara yang dapat menarik minat lebih ramai lagi pelajar untuk menyertai kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.