Kelas Microsoft Word (Reka Carta Aliran)
8 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Microsoft Word (Reka Carta Aliran) dianjurkan pada 7 Januari 2023 iaitu pada hari Sabtu. Kelas ini bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Kesedar Chalil.Kelas yang diadakan bermula pada pukul 10.30 pagi,Seramai lapan orang peserta yang terdiri daripada dua orang pelajar lelaki dan enam orang pelajar perempuan menyertai kelas yang diadakan.
Kelas Asas Microsoft Word (Reka Carta Aliran) bertujuan mengajar pelajar asas membuat carta aliran yang mudah menggunakan Microsoft Word.Di dalam kelas,Pelajar diajar proses membuat bentuk kotak dan anak panah.Selepas itu,pelajar diajar cara menukarkan warna kotak yang dipilih mengikut warna yang disukai pelajar.Akhir sekali,pelajar diajar bagaimana cara hendak memasukkan dan menukarkan tulisan di dalam kotak yang telah dibentuk oleh mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: