Kahoot! Hari Merdeka

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dijalankan di dalam Pusat Internet Kesedar Chalil bersama pelajar sekolah rendah Chalil seramai 11 peserta . Aktiviti ini bermula pada pukul 4.00 petang sehingga pukul 6.00 petang. Kelas ini adalah dijalankan adalah untuk menyemai rasa cinta pada negara dalam kalangan pelajar sekolah disamping menanam sikap sayang dan cinta pada sekolah seterusnya kepada negara. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria sempena bulan kemerdekaan.

Aplikasi kahoot ! merupakan satu platform permainan pembelajaraan diatas talian yang mengunakan teknologi berdasarkan sukatan pembelajaraan disekolah. Dengan aplikasi ini, perserta dapat menjawab kuiz bersama rakan-rakan , perbincangan dan tinjaun. Kahoot ! dapat menarik minat peserta untuk terus menyertai kelas kerana ia memberi kebebasan untuk menjawab soalan menggunakan telefon pintar atau tablet mereka. Selain itu, ia memupuk semangat bersaing sesame sendiri kerana nama akan dipaparkan bersama markah yang dikutip oleh mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas