Kahoot! Hari Sukan Negara

28 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini dilaksanakan bersempena Hari Sukan Negara yang diisytiharkan pada hari sabtu minggu kedua bulan oktober pada setiap tahun. Namun di peringkat Pusat Internet, program ini dijalankan pada hari sabtu, 27 Oktober 2018 bagi menguarkan kepada peserta berkenaan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet RKT Kesedar Chalil, selama 2 jam bermula dari 11.00 pagi ini dihadiri seramai 10 orang peserta. Mereka diajar untuk mencari tarikh penting serta tokoh sukan yang terdapat di Malaysia menggunakan pelayar Google Chrome. Melalui aktiviti ini, pelajar dilatih untuk mencari jawapan dengan teliti. Selain itu, pelajar juga dilatih untuk bersaing secara sihat melalui pertandingan kuiz melalui Kahoot!. Kelas tamat pada pukul 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas