Kahoot ! Peranti komputer

29 July 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dijalankan di dalam Pusat Internet Kesedar Chalil bersama pelajar sekolah rendah Chalil seramai 8 peserta . Aktiviti ini bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga pukul 12.30 pagi merupakan sambungan kepada kelas peranti komputer. Dalam kelas terdahulu peserta diberi pendedahan mengenai peranti, gambar dan fungsi peranti tersebut. Untuk kelas ini pula, peserta akan menggunakan aplikasi Kahoot ! untuk menyertai kuiz mengenai peranti komputer.

Aplikasi kahoot ! merupakan satu platform permainan pembelajaraan diatas talian yang mengunakan teknologi berdasarkan sukatan pembelajaraan disekolah. Dengan aplikasi ini, perserta dapat menjawab kuiz bersama rakan-rakan , perbincangan dan tinjaun. Kahoot ! dapat menarik minat peserta untuk terus menyertai kelas kerana ia memberi kebebasan untuk menjawab soalan menggunakan telefon pintar atau tablet mereka. Selain itu, ia memupuk semangat bersaing sesame sendiri kerana nama akan dipaparkan bersama markah yang dikutip oleh mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas