Program Komuniti – Bubur As syura
1 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniBertempat di masjid kesedar Chalil bermula pada awal pagi sehingga jam 4 petang. Seramai 40 orang wakil dari setiap blok di tanah rancangan Kesedar Chalil, guru-guru sekolah, staf pusat internet dan pekerja kesedar bertungkus-lumus menyiapkan bubur Asyura untuk diagihkan seluruh kampung. Sebanyak 3 buah kawah untuk asyura digunakan dalam program ini.
Tradisi ini telah menjadi amalan setiap tahun di bulan Asyura dikalagan warga Chalil. Program ini menekankan semangat kerjasama sesama penduduk serta mengeratkan hubungan dikalangan warga penduduk setempat. Selain itu juga, program ini memberi peluang kepada generasi muda untuk belajar cara-cara penyediaan bahan agak tradisi ini tidak luput ditelan kemodenan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: