Live Tutorial eKkelas Sains & Matematik Tahun 6
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniPortal eKelas merupakan salah satu inisiatif pihak maxis bagi membantu pelajar di kawasan luar bandar untuk belajar tanpa batasan. Kelas ini berlangsung pada 06 April 2019. Kelas ini disertai seramai 2 orang pelajar tahun 6 SK Chalil. Kelas ini bermula pada pukul 10.20 pagi untuk subjek matematik dan pada pukul 11.20 pula subjek sains. Melalui matematik, pelajar diajar mengenai topik zon waktu.
Dalam pembelajaran ini, cikgu akan menjelaskan mengenai perbezaan jarak waktu diantara setiap negara. Antara contoh yang diberi adalah negara Jepun, London dan Indonesia. Seterusnya, pelajar mengikuti eKelas subjek sains dimana cikgu mengajar mengenai topik kali ini adalah daya. Cikgu akan menjelaskan apa itu daya dan fungsi kepada dalam kehidupan harian manusia. Peserta juga diminta untuk membina satu mini kereta bersama barang-barang yang telah disediakan oleh staf pusat internet. Peserta perlu menbina kereta untuk lebih memahami apa itu daya dan bagaimana dia berfungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: