Live Tutorial eKelas Sains & Matematik
17 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPortal eKelas merupakan salah satu inisiatif pihak maxis bagi membantu pelajar di kawasan luar bandar untuk belajar tanpa batasan. Kelas ini berlangsung pada 16 Februari 2019. Kelas ini disertai seramai 10 orang pelajar tahun 6 dan berlangsung selama 40 minit bagi setiap sesi. Sesi bagi pelajar tahun 6 bermula pada pukul 10.20 pagi untuk subjek sains manakala pukul 11.00 pagi untuk subjek matematik.
Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah peraturan bilik sains. Pelajar diminta untuk melakar susun atur makmal sains idaman serta menulis peraturan-peraturan di dalam makmal yang bersesuaian. Untuk pelajar tingkatan 1 pula, seramai 4 orang pelajar telah menyertai sesi live tutorial ini. Manakala bagi sesi pelajar tingkatan 4 & 5, hanya disertai seorang peserta sahaja. Kelas tamat pada pukul 6.00 petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: