Kahoot : Bahasa Melayu Tahap 1 & 2
17 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 November 2019, telah diadakan kelas Kahoot! – Bahasa Melayu Tahap 1 & 2 bermula dari pukul 9.30 sehinggan pukul 12.30 petang. Pembelajaran di Alam Maya melalui permainan Kahoot! diadakan di dalam bilik latihan pusat internet Kesedar Chalil. Pembelajaran di Alam Maya ini yang berasaskan sesi menjawab soalan dan merangkumi pelbagai soalan berdasarkan buku teks pelajar yang mana peserta dari sekolah kebangsaaan Chalil.
Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan berdasarkan pembelajaran, digunakan sebagai teknologi pendidikan yg sangat kreatif dan menarik. Kahoot diadakan untuk menarik minat peserta yang kurang berminat dengan aktiviti berasakan kelas latihan. Dengan menggunakan kahoot, peserta lebih teruja untuk belajar dan seterusnya juga mampu menarik ramai peserta lain mengikuti kelas-kelas yang anjurkan. Sesungguhnya belajar sambil bermain itu lebih menyeronokkan!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: