Live Tutorial eKelas Sains & Matematik Tahun 6
24 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPortal eKelas merupakan salah satu inisiatif pihak maxis bagi membantu pelajar di kawasan luar bandar untuk belajar tanpa batasan. Kelas ini berlangsung pada 23 Februari 2019. Kelas ini disertai seramai 7 orang pelajar tahun 6 SK Chalil. Kelas ini bermula pada pukul 10.20 pagi untuk subjek matematik.
Melalui kelas ini, pelajar diajar mengenai topik pecahan. Seterusnya, pelajar mengikuti eKelas subjek sains dimana cikgu mengajar mengenai topik mikroorganisma. Peserta juga diminta untuk mengenali jenis mikroorganisma. Sesi untuk subjek sains tamat pada jam 11.40 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: