Kelas Asas Komputer
18 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2019, telah diadakan kelas asas komputer bagi pelajar sekolah rendah bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kesedar Chalil. Kursus ini diadakan selama 3 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang untuk peserta. Selain itu juga, peserta turut diberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB. Kelas ini merupakan kesinambungan dari kelas yang telah diadakan sebelum ini untuk melihat sejauh mana peserta dapat menggunakan ilmu tersebut.
Peserta diajar menggunakan perisian dalam komputer iaitu microsoft (ms) word dan powerpoint. Peserta dilatih supaya mahir menggunakan ms office kerana ia merupakan asas komputer ang wajid setiap orang tahu. serta mampu menghasilkan kerja yang bagus dengan meminimakan kesalahan ejaan, penggunaan simbol-simbol dan ikon yang terdapat di dalam ms publisher tersebut. Untuk menambah kemahiran peserta, satu tugasan diberikan untuk membuat satu karangan ringkas mengenai diri pesera. Diharapkan peserta mendapat manfaat dari kelas pembelajaran ini seterusnya dapat digunakan pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: