Pembelajaran Diatas Talian – Kahoot! Game
25 Mei January 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mei 2019, telah berlangsung kelas bersama pelajar-pelajar dari sekolah Kebangsaan Chalil selama 4 jam bermula 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Kelas Pembelajaran di Alam Maya melalui permainan Kahoot diadakan di dalam bilik latihan pusat internet Kesedar Chalil. Pembelajaran di Alam Maya ini merangkumi pelbagai tajuk yang sesuai dengan peringkat umur peserta.
Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yg sangat kreatif dan menarik. ‘Kahoot game’ diadakan untuk menarik minat peserta yang kurang berminat dengan aktiviti berasakan kelas latihan. Dengan menggunakan ‘kahoot games’, peserta lebih teruja untuk belajar dan seterusnya juga mampu menarik ramai peserta lain mengikuti kelas-kelas yang anjurkan. Sesungguhnya belajar sambil bermain itu lebih menyeronokkan!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: