Misi Digital Portal eKelas
12 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mei 2019, telah berlansung satu program Misi Digital Portal eKelas di bilik latihan pusat internet kesedar Chalil bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 1 petang. Program mengabungkan kesemua pelajar dari darjah 6 sehingga tingkatan 5 dalam dalam satu kumpulan yang memerlukan mereka melukiskan hiasan rekaan hari raya untuk pusat internet di atas sekeping kertas mahjong.
Bermula dari pukul 11 pagi, mereka memulakan aktiviti melukis lakaran hari raya. Selain itu juga, mereka turut memilih sudut yang sesuai dengan lakaran yang mereka akan bina nanti. Didalam kumpulan tersebut terdapat 4 orang yang akan saling memberi idea mengenai lakaran yang mana sesuai atau tidak. Aktiviti ini menjadikan mereka saling berkejasama dalam menberi idea, pendapat, serta sumbangan dalam melahirkan satu lakaran yang sesuai dengan tema yang diberikan dan sesuai dengan sudut yang mereka pilih. Setelah selesai melukis lakaran yang sesuai dengan mereka, peserta perlulah memuat naik ke dalam portal kedalam kumpulan “Raya bersama eKelas”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: