Pendaftaran Vaksin COVID-19
13 April 2021 | Aktiviti Terkini12 April 2021, beberapa penduduk Kesedar Chalil hadir ke PIK untuk meminta bantuan bagi pendaftaran Vaksin COVID-19. Pusat Internet Komuniti telah dijadikan sebagai pusat bantuan pendaftaran bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada penduduk setempat dan membantu golongan warga emas yang berada di Kawasan pedalaman.
Pendaftaran vaksin boleh dilakukan menerusi aplikasi mySejahtera ataupun layari laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/ .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: