Elearning – Kahoot!
9 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 Januari 2021, telah diadakan pembelajaran atas talian menerusi laman sesawang kahoot. Kelas yang bertempat di bilik latihan PIK Kesedar Chalil ini dihadiri seramai 4 orang peserta dan berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 10:00 pagi.
Didalam kelas ini, para peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan aplikasi Kahoot. Setelah itu, peserta diberi beberapa kuiz dari aplikasi Kahoot yang merangkumi silibus pembelajaran di sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta tentang kelebihan pembelajaran secara online yang menarik untuk digunakan.
Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan dan teruja pembelajaran berkumpulan secara online. Mereka juga diberikan hadiah sebagai sagu hati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: