Kursus Train Of Trainer Penggunaan Asas OBS Studio
13 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2022,hari sabtu berlangsung program secara alam maya menggunakan google meet yang dihadiri oleh kesemua penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital .Kursus ini bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 Petang iaitu sesi 1 dan sesi 2 pada pukul 2.00 Petang hingga 4.00 petang.Kursus ini dianjurkan oleh pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semenyih. Wakil Panel semasa kursus diwakili oleh Pengurus PEDi Semenyi iaitu Anwar Bin Maso’od.Kursus secara online ini dilangsungkan adalah bertujuan mengelakkan perjumpaan secara fizikal bagi mengelak penularan Coronavirus (Covid-19) dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Kursus Train Of Trainer Penggunaan Asas OBS Studio adalah bertujuan memberi pendedahan kepada staff Pusat Ekonomi Digital tantang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Open Broadcaster Software (OBS).Sebelum Kursus dimulaka, setiap peserta perlu muat turun dan install OBS terlebih dahulu.Pada Sesi 1,peserta diberi pendedahan mengenai pengenalan terhadap OBS,setting asas,pengenalan mengenai scenes,pengenalan mengenai sources, penggunaan Green Screen,Penggunan Virtual Camera,Jalinan atau sumbangan OBS ke Google Meet,Zoom Meeting dan StreamYard.Manakala,Pada Sesi 2 setiap peserta perlu membuat latihan yang telah diajar mengenai OBS.Semasa membuat latihan peserta boleh membuat pertanyaan sekiranya tidak faham untuk membuat latihan yang diberikan.AKhir sekali,kesemua peserta wajib mengisi maklum balas kursus dan hantar latihan yang dibuat didalam maklum balas kursus tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: