Kelas Microsft Office Word 2013
12 September 2015 | Aktiviti TerkiniPada 11 September 2015, Pusat Internet Chalil telah mengadakan Kelas Microsft Office 2013 di Bilik Latihan Pusat Internet Chalil. Program ini bertujuan melatih pelajar sekolah bagi menggunakan microsft office Word 2013 dan memberi tunjuk ajar kepada mereka tentang fungsi yang ada di dalam aplikasi ini Program yang dihadiri 6 Peserta .Hasil daripada kelas ini diharap dapat melahirkan pelajar yang mahir dalam aplikasi Microsoft Office Word yang membantu mereka dalam menyiapkan tugasan kursus yang diberikan oleh guru dan meningkatkan keupayaan peserta dalam ilmu pengetahuan teknologi maklumat. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam dari pukul 10.00 – 12.00 petang dan diajar oleh Penolong Pengurus PI Chalil, Nurul Syakinah Binti Mohamad Azmi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: