Kelas Peranti komputer

29 July 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dijalankan di dalam Pusat Internet Kesedar Chalil bersama pelajar sekolah rendah Chalil seramai 8 peserta . Aktiviti ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Untuk kelas ini staf memberi penerangan mengenai komputer, jenis-jenis komputer dan bahagian-bahagian penting komputer terdiri daripada perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data, memproses data, menyimpan data dan memaparkan data.

Didalam kelas ini staf memberi penerangan mengenai Contoh-contoh gambar dan fusgsi peranti itu digunakan serta bahagian penting komputer ialah unit sistem, papan kekunci, monitor dan alat penuding. Pad Sesentuh alat penuding untuk memilih program dan menggerakkan objek pada paparan. Monitor pula adalah peranti yang memaparkan data atau maklumat. Unit Sistem mengandungi komponen seperti Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit - CPU), papan induk, memori, sumber kuasa dan storan. Papan Kekunci bertindak sebagai peranti yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas