Kisah Kejayaan

Ternakan Ikan Keli Dalam Kolam

Perikanan menggunakan kaedah atau teknologi fertigasi bukanlah perkara baru bagi golongan petani tempatan. Teknologi tersebut terbukti memberi anjakan baru kepada bidang pertanian dan mendapat sambutan memberangsangkan berikutan mudah dilaksanakan berbanding kaedah konvensional lain. Melihat fertigasi sebagai kaedah yang mampu memberi keuntungan, Syaiful Qhuzainis Bin Ismail, 25, bertekad mengambil risiko dan menceburi bidang perikanan itu demi mendapatkan hasil berkualiti serta meningkatkan pencapaian dalam bidang pertanian.

Namun menyedari beliau mempunyai kekurangan dari segi teknologi internet dan pengetahuan dalam bidang pertanian, beliau merujuk masalah beliau di PI Chalil sekiranya mampu menawarkan peluang pembelajaraan dari segi penjualan di atas talian dan membantu menyediakan logo perniagaan. Ketika masih menggunakan kaedah konvensional dahulu, beliau sering berhadapan dengan masalah terutama dari aspek promosi ikan keli kepada penduduk kampung atau di sekitar daerah gua musang.

Namun, apabila mengikuti kelas keusahawanan yang ditawarkan di PI Chalil selama 3 bulan, ia mampu mengatasi masalah promosi produk yang sangat terhad menerusi penggunaan email, cara posting untuk jualan dan teknik menjual secara atas talian melalui FB Syaiful. Proses pembangunan Projek Ikan Keli ini menjadi enteng kerana PI Chalil menawarkan skim pinjaman netbook 1Malaysia kepada beliau, yang mana beliau juga dapat mempelajari cara-cara penjagaan kolam ikan dan benih melalui mesin carian Google.


Pelajar Celik IT

Mohd Hakim bn Soh merupakan ahli baru PI yang berdaftar pada tahun 2018 yang memiliki no ahli c321. Mohd Hakim merupakan pelajar darjah 6 yang tiada pengetahuan mengenai Ict. Malah tidak berapa mahir dalam penggunaan komputer. Tertarik untuk turut serta dalam kelas Ict yang dianjurkan di Pi Kesedar Chalil. Sepanjang 5 bulan berdaftar, Mohd Hakim Telah mengikuti kelas sebanyak 3 kali untuk kelas Basic Ict Microsoft Word bersama-sama kawannya.

Antara kelas yang diikuti adalah kelas Microsoft Word – Jadual kelas, Microsoft Word – Fast Typing, Microsoft Word – Typing and Listening. Sebelum penggunaan ICT, Hakim menghadapi kesukaran untuk membuat kerja rumah seperti buku scrap yang diberikan guru memandangkan kurangnya pengetahuan dalam ICT. Selepas penglibatan dengan PI, Mohd Hakim boleh menggunakan Microsoft Word seperti menaip, menggunakan tool yang disediakan dengan pemantauan yang minimum.


Pelajar Celik IT

Nur Syaza Syafiqah binti Ramadhan merupakan anak guru di sekolah kebangsaan chalil. Didaftar oleh bapanya sendiri untuk mengikuti kelas asas ICT yang dianjurkan di PI Kesedar Chalil. Nur Syaza merupakan pelajar darjah 6 dan tidak mempunyai lansung pengetahuan mengenai komputer dan ICT. Faktor tersebut mendorong Encik Ramadhan mendaftarkan anak beliau di Pi. Selain itu, Encik Ramadhan meminta staf PI untuk memberi pendedahan pembelajaran diatas talian kepada anaknya secara Khusus. Nur Syaza merupakan ahli yang ke c317 secara rasmi berdaftar pada bulan Januari 2018.

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PI, Nur Syaza menunjukkan peningkatan dalam penggunaan komputer. Nur Syaza juga mampu menaip dengan lebih pantas dan berjaya membuat jadual kelas dengan menggunakan “table” dalam Microsoft Word. Selain itu, antara perubahan lain setelah mengikuti kelas ICT di PI adalah Nur Syaza semakin mahir mencari bahan melalui carian di internet serta boleh berinteraksi dengan baik dalam pembentangan. PI juga turut memberi pendedahan kepada Nur Syaza berkenaan Klik Dengan Bijak dan pengurusan sisa elektronik(e-Waste).

PI membantu Nur Syaza untuk lebih mahir dalam menggunakan komputer. Selain itu, Nur Syaza turut dibantu dalam penggunaan aplikasi pembelajaran diatas talian yang mana membantu Nur Syaza sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.