Program Komuniti – Sambutan Pra Kemerdekaan

07 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Sambutan pra kemerdekaan bersama tabika an-najah merupakan program anjuran bersama tabika an-najah chalil dan pusat internet kesedar chalil. Program ini melibatkan seramai 38 orang peserta termasuk ibu bapa pelajar bemula dari jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyemai rasa cinta pada negara dalam kalangan pelajar tabika disamping menanam sikap sayang dan cinta pada sekolah seterusnya kepada negara. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria sempena bulan kemerdekaan.

Pusat Internet merupakan salah satu Ahli jawatankuasa untuk tadika An-najah yang mana selalu terlibat dalam program advokasi seperti klik dengan bijak dan “interaktif learning” untuk pelajar-pelajar tadika. Selain itu juga, secara tidak lansung, memberi pendedahan kepada ibu bapa pelajar mengenai kepentigan ICT kepada anak mereka pada peringkat awal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas