Kelas Matematik
13 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniKelas Matematik diadakan pada 12 Mac 2023 iaitu pada hari Ahad. Kelas ini bertempat di Bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Kesedar Chalil.Kelas yang diadakan bermula pada pukul 3.30 petang,Seramai sembilan orang peserta yang terdiri daripada dua orang pelajar lelaki dan tujuh orang pelajar perempuan yang menyertai kelas.
Kelas Matematik ini merupakan kelas yang akan kerap dianjurkan memandangkan pemintaan yang menggalakkan daripada ibu bapa.Kelas ini secara tidak langsung membantu meningkatkan minat mereka kepada subjek Matematik.Selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar,kelas ini juga memberi impak yang baik kepada pelajar kerana dapat dinilai tahap kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Matematik.Murid-murid di berikan soalan latihan secara bertulis bagi menguji tahap pengetahuan dari apa yang mereka pelajari dari kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: